Sunday, July 13, 2008

ISU PAYUNG KUNING, AHLI PAS SERAH BANTAHAN KEPADA PEJABAT MB

Sekumpulan ahli Pas yang datang dari seluruh pelusuk negeri Kedah berkumpulan beramai-ramai di hadapan Wisma Darulaman pagi tadi untuk menyatakan bantahan dan ingatan terhadap Menteri Besar berikutan isu penggunaan payung kuning yang didakwa menghina Sultan Kedah.
Perhimpunan di kawasan tempat letak kereta itu tidak didalangi mana-mana pihak sebaliknya sebahagian besar ahli Pas berkata mereka berkumpul secara sukarela bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Ustaz Azizan yang dikatakan melanggar adat resam istana.
Menurut salah seorang daripada mereka, sebagai rakyat Kedah, kami amat tersentuh hati apabila Ustaz Azizan bertindak menggunakan payung kuning yang dikhaskan untuk Sultan Kedah di Airport, ia seolah-olah menghina Sultan.
"Saya ahli Pas batu 17, dekat pondok Padang Lumat, saya sokong Ustaz Azizan sebagai pemimpin, tapi tindak tanduk beliau melanggar protokol istana amat menyentuh perasaan. Sebagai anak jati Kedah, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi kami tak boleh terima kalau pemimpin menghina Sultan, kerana baginda adalah lambang kehormatan seluruh rakyat Kedah," tegas beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Wahab.
Katanya, kehadiran mereka tidak di dorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya sekadar untuk menyatakan tindak-tanduk Ustaz Azizan bukan saja tidak menghormati institusi Raja yang kita junjung selama ini malah sudah melampaui batas dan sukar diterima," tegas beliau.
Begitupun usaha mereka untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar tidak kesampaikan kerana dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas, Ustaz Azizan berada di kawasan dewan undangan negeri Sg. Limau, Yan bagi menghadiri satu majlis di kawasan beliau.
Selepasa mengadakan rundingan, kumpulan berkenaan akhirnya bersurai tetapi akan membuat bantahan secara rasmi kepada Ustaz Azizan dalam tempoh terdekat.
"Kami akan buat surat bantahan rasmi kepada Menteri Besar secepat mungkin" katanya.
Beberapa anggota polis turut berada di tempat perhimpunan tetapi sekadar menjadi pemerhati. Perhimpunan berakhir dua jam kemudian tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Isu penggunaan payung warna diraja di airport Alor Star tercetus dua hari lalu apabila Ustaz Azizan dan isteri menggunakan payung diraja ketika berjalan ke jet yang disewa untuk ke Ibu Negara.
Ustaz Azizan berkata, payung kuning digunakan kerana ada kerabat Diraja Kedah dalam rombongan berkenaan.
Bagimanapun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat beliau, sehari selepas kejadian mengakui, tidak ada kerabat Diraja dalam rombongan itu kecuali Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut.
Tuanku Bendahara yang sepatutnya turut serta dalam rombongan itu menunggu di Sudang untuk ke Brunei bagi tujuan menjemput Sultan Brunei menghadiri majlis sambutan Jubli emas Sultan Kedah yang akan disambut selasa ini

No comments: