Wednesday, July 23, 2008

PAKATAN RAKYAT IKUT JEJAK PAS ...RETAK

HARAKAH keluaran 16-31 Julai 2008, temu bual dengan Presiden PAS Haji Hadi Awang melihat beberapa isu yang dibicarakan seakan menunjukkan bahawa perhubungan PAS dalam Pakatan Rakyat semakin longgar.
PAS kini telah membuka laluan untuk sebarang usaha dialog dan perbincangan antara PAS dan UMNO atas isu Islam dan Melayu.

Hadi dalam kenyataan medianya tidak akan menolong sebarang usaha sama PAS dan UMNO dalam usul Islam sedangkan perkara ini amat sensitif pada DAP.
Harakah dalam isu keluaran ini, juga memaparkan keadaan yang tidak selesa dalam perhubungan PAS dengan lain-lain ahli Pakatan Rakyat kerana sikap meletakkan PAS sebagai ahli minoriti dengan menolak pandangan – pandangan PAS dalam kebanyakan perkara. Keluaran kali ini juga memuatkan bantahan Pemuda PAS Selangor juga termuat dalam keluaran ini dan Pemuda PAS Selangor seakan kecewa kerana tidak dirujuk dalam hal-hal berhubung dengan program protes.
Namun perkara yang paling menarik dalam kenyataan Haji Hadi Awang adalah mengenai isu tuduhan liwat Anwar Ibrahim. Pendekatan kali ini berbeza dengan pendekatan kali pertama Anwar Ibrahim di tuduh meliwat pada tahun 1998. PAS tidak lagi bangkit segarang dahulu mempertahankan Anwar Ibrahim malah PAS bersikap pesimis dengan membiarkan isu peribadi Anwar sebagai isu bukan politik. Ini jelas menggambarkan bahawa PAS tidak akan seagresif dahulu dalam membicarakan tuduhan liwat 2 Anwar sebagai satu konspirasi sebaliknya dibicarakan dalam mahkamah yang adil.
Tindakan dan jawapan Hadi Awang mengenai konspirasi agak tawar kali ini. Beberapa perkara dapat dilihat bahawa PAS hari dalam keadaan berbelah bagi khususnya dalam menyokong Parti Keadilan Rakyat. PAS dapat dilihat juga kecewa dengan Pakatan Rakyat yang semakin hari berusaha untuk mencairkan idealisme PAS iaitu Islam.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi juga nampak PAS akan berdepan dengan satu situasi yang amat berat ialah membuat keputusan sama ada keluar atau teruskan dengan Pakatan Rakyat tetapi terpaksa mencairkan perjuangan Islam.
Dalam keluaran ini juga apa yang pasti ialah, Selangor di bawah kepimpinan TS Kahlid Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat seakan meminggir PAS dan ini menyebabkan perasaan kurang selesa ahli-ahli PAS.
Dari apa yang boleh kita analisis Pakatan Rakyat kemungkinan di dominasi oleh kaum Cina dan kedudukan ini disokong oleh PKR yang turut tidak sealiran dengan PAS.

Apabila dilihat komen Hadi Awang, apa yang jelas ada ialah Pakatan Rakyat bukan pakatan politik yang utuh tetapi sebenarnya adalah satu pembentukan Pakatan untuk pilihan raya.
PAS terperangkap dalam keadaan ini dan nampak akan mencari jalan keluar biarpun ini akan meruntuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Keadaan ini seakan pasti berlaku dalam masa terdekat dan perencanaan PAS untuk mula menjarakkan diri dengan Pakatan Rakyat semakin ketara.

No comments: