Sunday, December 14, 2008
27 PENDUDUK KG SUNGKAP PARA DISAHKAN DEMAM "CHIKUNGUNYA", - PENDUDUK KECEWA WAKIL RAKYAT TAK PERNAH JENGOK
Dato Seri Mahdzir Khalid bersama Dato Tajul Urus Mohd Zain turut turun padang menyertai penduduk kampung Sungkap para bergotong royong membersihkan kampung berkenaan. Turut hadir Timbalan pengarah Kesihatan Kedah, Dr Shahidan Hashim.
Dua puluh tujuh penduduk Kampung Sungkap Para, Sungai Lalang, Sungai Petani yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) disahkan menghidap demam`Chikungunya'.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kedah Dr Shahidan Hashim.
Katanya, semua yang terlibat dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dimasukkan dua hari lepas.
Kampung berkenaan merupakan kampung pertama di negeri ini berlaku kes Chikungunya.
"Setakat ini, 27 kes sudah disahkan dengan penyakit ini di Kedah, dan langkah pengawalan sedang giat dilakukan bagi mengelak merebak ke kawasalan lain yang lebih luas," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Gotong Royong anjuran Jabatan Kesihatan Sungai Petani dan penduduk kampung berkenaan, hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah pesakit akan bertambah sekiranya, langkah pengawalan tidak dilakukan secepat mungkin.
"Saya meminta penduduk kampung yang mengalami simptom penyakit itu membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku, serta membersihkan persekitaran rumah terutama tempat pembiakan nyamuk," katanya.
Shahidan berkata salah satu cara untuk mengekang wabak daripada merebak ialah mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk kemudian terus memusnahkannya tanpa berlengah teruatama pada peringkat awal pembesaran.
Walaupun penyakit bawaan nyamuk ini tidak seserius demam denggi oleh nyamuk aedes, katanya namun mereka yang dijangkiti akan menderita sakit sendi dan demam berpanjangan hingga menjejaskan pekerjaan dan pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.
Dalam pada itu, penduduk di Kampung terbbait kecewa dengan Kerajaan Negeri yang hingga kini tidak mengambil langkah sewajarnya bagi membantu penduduk.
Malah, Kerajaan negeri di dakwa tidak pernah turun padang sejak kampung itu dilanda penyakit misteri itu.
"Kami tak pernah libat kelibat depa mai tanya khabar penduduk di sini, pagi ini Umno Merbok dengan kerjasama Majlis perbandaran Sungai Petani datang buat gotong royong ramai-ramai, tapi tak ada wakil daripada Kerajaan Negeri yang hadir" katanya.
Mereka bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Umno Merok dan Negeri Kedah yang mengambil inisiatif mengadakan gotong royong berkenaan.
"Dulu masa dekat pilihanraya depa janji macam-macam ni dah lepas dah dapat jadi Kerajaan Negeri, batang hidungpun tak nampak" tegas beliau yang lebih dikenali sebagai Hanafi.
Dalam pada itu, seorang penduduk berketurunan India A.Arumugam berkata, ADUN Bukit Selambau yang juga exco negeri datang meninjau masalah yang dihadapi penduduk selepas acara gotong royong diadakan.
Katanya, beliau hanya menghabiskan masa tak sampai setengah jam meninjau kampung kami, selepas itu terus pulang.
"Saya tak tau apa mimpin dia datang sini, saya rasa dia turun ni kampung kerana ada orang bagitau itu orang Umno ada datang, jadi diapun datang la...sebelum ini hidung punya muka langsung tak nampak" jelasnya.
Katanya, sebahagian besar penduduk kini mula sedar kesilapan mereka memilih calon PKR pada pilihanraya umum lalu.
"Kini kami tau itu orang tak boleh bantu penduduk, diaorang datang cuma lihat sana sini dan balik, apa masalah penduduk langsung tak ada peduli, kita banyak menyesal oooi" katanya yang mengakui memilih calon PKR dalam pilihanraya umum lalu.
Bukit Selambau diwakili oleh A. Arumugam dari PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment