Monday, December 8, 2008

RONNIE LIU MAHU MAT SABU JADI CALON DI KUALA TERENGGANU


Exco Selangor Ronnie Liu berharap Naib Presiden Pas Mohamad Sabu terus dipilih sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Beliau mengulas adakah soal calon tempatan atau tidak mempengaruhi sentimen pengundi di Kuala Terengganu.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu iadakan selepas penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 November lalu.
Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan 17 Januari tarikh membuang undi untuk P0s itu.
"Tidak timbul soal calon tempatan atau luar, yang penting seorang itu boleh membuat kerja.
"Sentiasa turun padang dan sedia berkhidmat dan berkorban untuk mereka yang diwakilinya," ujar Ronnie yang dihubungi oleh malayadaily hari ini.
Menurut beliau, jika seseorang itu calon tempatan tetapi tinggal di Kuala Lumpur atau tempat lain sehingga tiada masa untuk kawasannya, tidak berguna juga.
"Pengundi sekarang sudah bijak memilih pemimpin, sudah tiada sentimen mereka memilih berdasarkan calon tempatan atau luar," jelas Adun Pandamaran itu.
DItanya sumbangan DAP untuk Kuala Terengganu, katanya, walaupun DAP hanya mempunyai beberapa cawangan sahaja di Terengganu, tetapi DAP akan turun padang membantu Pakatan Rakyat merampas kerusi Parlimen itu.
"Kita akan menumpukan kepada pengundi cina terutama dalam Dun Bandar yang satu-satunya dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu," tegasnya.

No comments: