Wednesday, December 24, 2008

KES DEMAM CHIKUNGUNYA SEMAKIN MEREBAK, KERAJAAN KEDAH BUAT ACUH TAK ACUH DALAM MEMBANTU MANGSA


Kes demam Chikungunya di Kedah terus meningkat apabila 14 kes baru dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 97 kes berbanding 83 kes sebelum ini.
Laporan itu merupakan kes harian kedua tertinggi di negeri ini setelah 20 kes baru dilaporkan dua hari lepas sejak wabak Chikungunya dikesan di negeri ini pada 12 Dis lalu.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Shahidan Hashim berkata walaupun pelbagai langkah pencegahan dilakukan untuk mengekang virus itu, namun ia semakin menular ke beberapa kampung terutama di daerah Pendang dan Kuala Muda.
Katanya daerah Pendang melibatkan enam kes iaitu dua kes di Kampung Watt Padang Peliang, masing-masing satu kes di Kampung Bukit Perak, Kampung Paya Mengkuang, Kampung Sawa Besar dan Kampung Pulai Tokai.
Beliau berkata lima kes pula dilaporkan di daerah Kuala Muda iaitu dua kes di Kampung Padang Sekawan dan satu kes masing-masing di Kem Lapangan Terbang, Ladang Aman Jaya dan belakang Sekolah Agama Sri Jerai.
"Dua kes lagi di daerah Baling masing-masing satu di Kampung Kuala Kedua dan Kampung Gelugor, manakala satu kes di Taman Anggerik di daerah Kota Star," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya bilangan pesakit yang dirawat di hospital menurun kepada 39 kes berbanding 46 kes sebelum ini.
Katanya Hospital Sultan Abdul Halim kekal mencatatkan bilangan pesakit tertinggi iaitu 14 kes.
"Hospital Yan melibatkan tujuh kes, Hospital Baling dan Hospital Sultanah Bahiyah masing-masing lapan kes, manakala Hospital Kulim dan Jitra satu kes," katanya.
Dalam pada itu, penduduk di kawasan yang diserang penyakit berkenaan mendakwa, kerajaan negeri pimpinan Pas tidak mengambil sebarang langkah bagi membantu mereka.
Sebaliknya kara mereka, kerja-kerja membantu penduduk yang terlibat dalam kes chikungunya dilepaskan sepenuhnya kepada jabatan kesihatan.
"Jangan kata nak mai jenguk kami, sebarang bantuan bagi meringan beban mereka yang terlantarpun tak diberikan, dulu masa kempen kampung jauh manapun sanggup pi, kalau dengar ada sakit demam depa yang dulu mai, tapi bila jadi macam ni sapapun tak turun tengok, jangan kaya MB ahli excopun tak nampak batang hidung, hanga pa tunggu tengok la nasib hanpa nanti" kata-kata itu tersembur dari mulut salah seorang penduduk di pendang yang nyata tidak puas hati dengan penglibatan Kerajaan Negeri dalam membantu mereka yang diserng penyakit itu.

No comments: