Saturday, December 13, 2008

SURAT TERBUKA UNTUK USTAZ AZIZAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpanggil untuk turut serta dalam membicarakan tentang negeri Kedah yang diterajui Pas.Sesungguhnya sejak Pas mengambilalih pentadbiran negeri kedah selepas PRU ke-12 yang lalu, sudah nampak perbezaan yang dilakukan.
Secara jujur dan tulus saya ingin menyatakan pendekatan dan kesungguhan kepimpinan negeri Kedah yang dibentuk atas nama Pakatan Rakyat berjaya mengubah aliran pemikiran rakyat khusunya terhadap BN.
Sebagai seorang ahli Pas, saya mengakui mungkin pandangan saya ini lebih condong kepada PS, namun saya penuh yakin dan percaya apa yang bakal saya katakan ada fakta dan bukti yang boleh dilihat dengan mata dan kepala sendiri.
Sebagai rakyat dan pemerhati, pendekatan yang dilakukan oleh Pas dalam pelbagai perkara telah memberi hasil diluar dugaan termasuk dari segi menarik pelaburan hinggalah kepada membantu rakyat termiskin di kampung-kampung.
Kejayaan ini sebenarnya tidak datang bergolek. Hakikatnya, segala idea dan buah fikiran yang disumbangkan oleh semua yang terlibat samada di peringkat kampung, daerah mahupun negeri. Pengembelingan tenaga yang ikhlas itu membuahkan hasil yang diluar dugaan. Setiap kejayaan pasti ada usaha keras. Begitu juga dengan kerajaan Pas yang diterajui oleh Ustaz Azizan. Beliau tak mampu melaksanakan aapa juga dasar tanpa bantuan semua pihak.
Bagi saya yang jelas kejayaan ini lebih berpihak kepada usaha ustaz Azizan mengambeling tenaga pemikir untuk menjana pembangunan negeri. Antara yang saya nampak ialah peranan dan kesungguhan Penasihat Ekonomi kepada MB iaitu, CHE HAT. Beliau adalah diantara tenaga pemikir yang dilihat berjaya merencana pembangunan negeri Kedah dengan baik.Biar apapun diperkatakan tentang Che Hat, realitinya beliau telah berjaya menterjemahkan apa yang dikehendaki oleh Ustaz Azizan.Justeru perlantikan Che Had sebagai penasihat ekonomi kepada MB Kedah adalah langkah yang tepat. Beliau bukan saja berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, malah mempunyai daya pemikiran yang jauh ke depan. Sesuai dengan kedudukan beliau sebelum ini, mengetuai syarikat jurunilai yang berstatus lima bintang.
Kehebatan beliau terserlah apabila dilantik menganggotai ahli lembaga pengarah semua syarikat GLC di Kedah, perubahan demi perubahan dilakukan. Antara yang mencuri tumpuan termasuk media ialah mengenalpasti punca ketirisan dalam aliran wang GLC sekaligus menyaksikan beberapa GLC dikesan menyeleweng samada wang mahpun kuasa. Kedua, memecat mana-mana CEO GLC yang didapati terbabit dalam apa juga bentuk penyelewengan mahupun salah guna kuasa. Ketiga yang paling utama membersihkan saki baki Umno dalam GLC dan menggantikan dengan orang-orang kita yang mempunyai semangat seperti kita. Meskipun perkara ini pernah dibangkitkan dalam memorandum yang dihantar kepada Ustaz Azizan, hakikatnya Che Hat telah melakukanya tanpa perlu menghebohkan kepada mana-mana pihak bak kata pepatah, diam berisi.
Kalau nak disebutkan satu persatu saya percaya terlalu banyak untuk dihitung akan sumbangan ihlas Che Hat. Sebagai pemimpin akar umbi sepereti saya, Che Hat sebenarnya nadi di sebalik kejayaan ini, Justeru Ustaz Azizan wajar memberi lebih banyak ruang kepada beliau untuk terus berkarya dalam bidang yang beliau arif demi kesejahteraan negeri Kedah sepertimana yang diwar-warkan dalam manifesto Pas yang lalu. Tidak ada sebab untuk sesiapa juga termasuk di kalangan ahli exco mahupun anggota KCS untuk mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Che Hat kerana bukti yang ada sudah cukup nyata. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan, Che Hat wajar dianugerahkan gelaran Dato tahun depan sebagai menghargai jasa dan kesungguhan beliau mencurahkan idea membangunkan Kedah. Orang macam inilah yang diperlukan di Kedah yang mmempunyai wawasan yang hebat serta mempu mengimplimentasikan segala perancangan yang disusun. Tidak ramai yang boleh beruat demikian. Kayu pengukurnya sudah terang lagi bersuluh. Harapan tinggi diletakkan kepada Ustaz Azizan untuk memberi ruang dan peluang kepada Che Hat membuktikan kemampuan beliau terutama menjelang tahun depan memandangkan krisis ekonomi yang bakal melanda seluruh dunia. Tidak mustahil anak melayu bernama Che Hat mampu melakukan seustau demi untuk seluruh rakyat Kedah yang kita cintai ini.

sekian wasalam

No comments: