Wednesday, December 24, 2008

PKR KEDAH SEMAKIN KALUT, BEBERAPA KETUA BAHAGIAN DIPECAT, AHMAD KASSIM GANTI IR ZAMRI SEBAGAI KETUA PERHUBUNGAN NEGERI


PKR merombak barisan kepimpinan negeri Kedah, sekaligus menyaksikan Senator Ir Zamri Yusof diketepikan dari jawatan Ketua perhubungan negeri dan diganti dengan Ahli Parlimen Kuala Kedah yan juga bekas Presiden ABIM Kedah, Ahmad Kassim.
Perlantikan itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas 12 ketua bahagian PKR di Kedah mendesak Ketua Penghubungan negeri Kedah yang disandang oleh Senator Ir Zamri di tukar.
Rombakan yang sememangnya telah di duga berikutan sebahagian besar ketua bahagian PKR Kedah dikatakan "tidak senang" dengan Senator Ir Zamri atas pelbagai alasan termasuk sikap beliau yang lebih mementingkan diri.
Sumber dalaman ibu pejabat PKR memaklumkan, perlantikan Ahmad Kassim dibuat kerana beliau mempunyai asas perjuangan yang kental ketika sama-sama berjuang dengan Datuk Seri Anwar ketika dalam ABIM sebelum ini.
"Datuk Seri Anwar dilihat hilang keyakinan dengan Sdr Ir Zamri kerana gagal mengawal ketua-ketua bahagian di Kedah dan tidak mambantu PKR pusat terutama dalam isu ADUN PKR di Kedah yang dilaporkan semakin cenderung untuk melompat parti sepertimana yang diperkatakan di Kedah" katanya.
Tegasnya, dengan perlantikan Ahmad Kassim, halatuju PKR Kedah diharap akan lebih tersusun dan selari denga kehendak PKR pusat.
Dalam pada itu sumber Pas pula memaklumkan, perlantikan Ahmad Kassim amat dialu-alukan oleh pimpinan Pas negeri.
"Ahmad Kassim dilihat lebih memahami perjuangan Pas" jelasnya.
Dengan tersingkirnya Senator Ir Zamri bermakna Pas kini berjaya menguasai sepenuhnya pemimpin PKR Kedah.
"Saya percaya rombakan itu akan memberi kelebihan kepada Ustaz Azizan dalam melaksanakan agenda pembangunan Pas kerana sebelum ini ada beberapa ketua bahagian PKR yang menentang keras beberapa dasar yang diputuskan oleh Kerjaan Pas kerana dilihat bertentangan dengan kehendak akar umbi" jelas beliau.
Dalam pada itu, rombakan berkenaan mengesahkan laporan sebelum ini bahawa ada beberapa ketua bahagian PKR di Kedah di Pecat manakala yang lain diarah meletak jawatan kerana didapati menentang dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pas.
Pemecatan mereka dikatakan atas desakan pemimpin Pas negeri yang tidak senang dengan tindakan mereka yang dilihat cuba menentang dasar yang dibuat oleh Ustaz Azizan meskipun dasar berkenaan jelas menekan rakyat.
Antara yang dipecat ialah Ketua PKR bahagian Sik yang dikenali sebagai Saudara Wahab, Ketua bahagian Baling yang dikenali sebagai Saudara Halim.
Kedua-dua mereka adalah orang yang paling lantang menentang dasar Ustaz Azizan selama sembilan bulan memerintah Kedah.
Mereka dpecat secara senyap-senyap dari PKR atas pelbagai alasan yang tidak manasabah.Manakala ketua bahagian Merbok pula mengambil keputusan melepaskan jawatan kerana mendapati apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pas kini jauh menyimpang daripada apa yang dijanjikan sebelum PRU-ke12 yang lalu.
"saya percaya samada mereka dipecat atau mengambil keputusan meletak jawatan, kekuatan bahagian terbabit kini tergugat kerana sebahagian besar pengikut ketua-ketua bahagian berkenaan turut meletak jawatan dalam bahagian" kata sumber itu.
Dalam pada itu, jurucakap ketua bahagian Baling yang mahu dikenali sebagai Haji Ismail berkata, tindak tanduk pemimpin Pas yang menganaktirtikan Keadilan dalam Pakatan Rakyat mendorong sebahagian besar ketua bahagian PKR meletak jawatan.
"Depa lebih pentingkan diri sendiri, cakap tak serupa bikin" katanya.
Beberapa lagi Ketua bahgaian di Kedah dijangka mengikut langkah rakan mereka meletak jawatan atas alasan yang sama dalam tempoh terdekat.

No comments: