Saturday, December 13, 2008

KEADILAN DAN DAP JANGAN CUBA KACAU DAUN DI KUALA TERENGGANU - KATA PAS


Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Dato Seri Anwar yang juga penasihat parti KeADILan, berkata Kuala Terengganu bukan merupakan kerusi yang selamat bagi mana-mana parti dan Pakatan Rakyat akan berusaha keras untuk memenangi kerusi itu.
"KeADILan dan DAP telah memutuskan untuk memberikan komitmen penuh kepada calon PAS sama ada Mohammad Sabu yang amat berpengalaman atau calon lain yang dipilih untuk bertanding di Kuala Terengganu," katanya.
Pendirian beliau itu dilihat berbeza dengan pendirian sebelum ini yang mahu meletakkan calon keadilan di Kuala Terangganu.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun ini, Datuk Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi mengalahkan Mohamad Sabu dan calon Bebas Maimun Yusuf, 89, dalam pertandingan tiga penjuru.
Rata-rata pemerhati politik berkata, keputusan Dato Seri Anwar itu mungkin disebabkan oleh tekanan Pas terhadap Keadilan dan Dap yang kini semakin lantang bersuara seperti mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu yang begitu jelas tidak disenangi pimpinan Pas.
"Demi menjaga hati Pas yang kini sedikit tersinggung dengan segelintir pimpinan Pkr dan Dap yang secara lanatang mengkritik hak keistimewaan orang melayu dan raja melayu, maka Anwar dilihat cuba mententeramkan suasana demi menjaga hubungan yang Anwar cipta bagi mencapai cita-cita besar beliau mahu menjadi Perdana Menteri" jelas salah seorang pemerhati politik sebuah pusat pengajian tinggi di utara tanahair.
Dalam pada itu, Sumber dalaman Pas mendedahkan, Pimpinan Pas telah memebri amaran kepada Keadilan dan Dap agar tidak campurtangan dalam urusan di Kuala Terangganu.
Ia kerana Pas awal-awal lagi memaklumkan Kuala Terangganu adalah kubu kuat mereka dan sebarang campurtangan Keadilan dan Dap hanya akan mdemburukkan keadaan sekaligus memberi ruang untuk BN mengekalkan kerusi.
Keputusan itu dimaklumkan kepada Dato Seri Anwar untuk disampaikan kepada pimpinan Dap beberapa hari lalu.
Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila dan dimana keputusan itu diberikan kepada Dato Seri Anwar.

.

No comments: