Friday, December 5, 2008

IR AMIRUDDIN BAKAL MB KEDAH...?

kita serupa mungkin itu yng dibisikkan oleh bakal mb Kedah kepada bakal PM malaysia dalam satu majlis rasmi di Kedah baru-baru ini...itulah antara spekulasi yang bertiup kencang di Kedah. sejauh mana kebenaranya hanya walallahualam.

Tahap kesihatan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan yang kian merosot selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan akar umbi khususnya penyokong kuat Pas.
Bagi mereka, Ustaz Azizan yang semakin hari semakin uzur memerlukan pelan peralihan yang seger bagi memastikan proses pengambilalihan jawatan no.1 di Kedah itu berjalan dengan tertib, lancar lagi berhemah. Malah Ustaz Azizan sejak akhir-akhir ini tidak lagi dapat menghadiri beberapa mesyuarat penting di Ibu negara bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri. Isyarat itu jelas membuktikan sudah tiba masanya Ustaz Azizan mengambil keputusan bijak mengundurkan diri secara terhormat demi kesejahteraan rakyat selaras dengan tema kerajaan negeri.
Malangnya menurut sumber dalaman Pas, sikap keras kepala Ustaz Azizan yang rakus untuk terus berkuasa mencetuskan polemik politik dalaman yang semakin tak keruan (tak tak wan kata orang Kedah).
"Amat molek rasanya jika Ustaz ambil pendekatan yang sama dengan Pak Lah, undur diri supaya pemimpin baru dapat membuat perancangan dengan lebih baik demi membangunkan Kedah. Tak kan dia sakit seluruh negeri Kedah turut sakit, janji dalam manifesto dulupun tak boleh nak tunai sampai la ni, tak kan kami nak tunggu sampai dekat pilihanraya umum sekali lagi" tegas salah seorang ahli jawatankuasa Pas negeri Kedah yang tidak mahu dikenali.
Kata lagi, kedegilan Ustaz Azizan mengundur diri menyebabkan Pas Kedah kini terbahagi kepada tiga puak dimana masing-masing berusaha melobi agar calon mereka bakal menduduki jawatan no.1 di Kedah itu.
"Bukan satu rahsia lagi di Kedah ini, Pas ada tiga group, pertama group YB Phahrolrazi, kedua group YB Taulan dan ketiga YB Ir Amiruddin, depa semua masing-masing ada strategi bagaimana untuk jadi MB, akar umbi semua dah tahu" katanya lagi.
Dalam pada itu satu lagi sumber di markaz Pas batu sembilan berkata, ketiga-tiga calon sedang giat beruasaha untuk menonjolkan diri samada di peringkat negeri mahupun nasional.
"Perancangan demi perancangan di susun oleh ketiga-tiga group ini bagi memastikan calon mereka menjadi MB," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mail.
Jika dikaji secara rambang, kenyataan itu ada juga asasnya, kerana dalam sidang dewan negeri baru-baru ini, ketiga-tiga YB terbabit dilihat paling banyak bercakap dan menjawab soalan berbanding Exco lain. Daripada ketiga-tiga YB berkenaan Dato Ir Amiruddin dilihat berada ditangga teratas dalam saingan berikutan kedudukan beliau sebagai Exco pelaburan negeri dimana beliau terlibat secara langsung dalam hal-ehwal menarik pelaburan. Begitupun YB Taulan dikatakan cuba membaiki kedudukan dengan berusaha memberi jawapan yang agak bernas dalam isu-isu berkaitan dengan PBT.
Namun pemerhati yang hadir pada mesyuarat itu berkata, sikap ego dan menunjuk-nunjukk YB Taulan menyebabkan beliau kini terkeluar dari pilihan. Tidak kurang juga dan YB Phahrolrazi yang dilebelkan sebagai seorang calon senior. Namun kata pemerhati, beliau tidak mempunyai ketokohan yang terserlah di peringkat negeri apalagi di peringkat nasional. Untuk mencari jawapan kepada persoalan itu maka akar umbi digalakkan membuat undian bagi mengetahui siapa bakal MB seterusnya selepas Ustaz mengundurkan diri. undi boleh dibuat di ruanganyang telah ditetapkan. silalah mengundi calon pilihan anda.

No comments: