Monday, December 8, 2008
CALON KUALA TERANGGANU - PEMUDA BANTAH KEPUTUSAN NIK AZIZ
Dewan Pemuda Pas Terengganu memutuskan untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.
Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.
“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.
Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi. Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya.
Pendirian itu sekaligus menunjukkan Pemuda Terangganu menentang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.
Azman menyifatkan kenyataan yang Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment