Tuesday, December 23, 2008

PEMBERIAN TANAH HAK MILIK 999 TAHUN KEPADA PENDUDUK PERLU KELULUSAN MAJLIS TANAH NEGARA - NAJIB


Cadangan kerajaan negeri Perak untuk memberi hak milik kekal 999 tahun lot tanah kepada penduduk Kampung Baru di seluruh negeri itu, tidak boleh dilaksana sebelum mendapat kelulusan Majlis Tanah Negara MTN).
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis itu.
Katanya, kerajaan negeri Perak tidak boleh mengambil keputusan secara bersendirian.
"Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN," katanya.
Kerajaan Perak sebelum ini mencadangkan untuk memberi hak milik kekal 999 tahun kepada lot tanah Kampung Baru dan menganggap tindakan tersebut selaras dengan Akta Kanun Tanah Negara.
Cadangan berkenaan menimbulkan bantahan kalangan orang ramai yang menganggap langkah berkenaan hanya untuk kepentingan politik kerajaan negeri. Menurut Najib, cadangan kerajaan negeri itu mesti melalui MTN dan dijadikan keputusan oleh majlis tersebut.
Dengan keputusan itu, Menteri Besar Perak menerima satu lagi tamparan kerana sikap ego dan angkuh beliau berhubung perkara itu.

No comments: