Monday, December 22, 2008

TIGA PUAK DALAM PAS BERUSAHA LOBI CALON PARLIMEN KUALA TERANGGANU


Tiga puak dalam Pas dikatakan terus bersaing melobi calon masing-masing untuk bertanding dalam pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terangganu, disebalik pengumuman Presiden Pas bahawa nama calon berkenaan sudah ada dalam poketnya.
Sumber dalaman Pas berkata, tiga puak terbabit ialah Pemuda pas Terangganu, kumpulan yang fanatik kepada Musyidul Dato Nik Aziz Nik Mat serta kumpulan yang dikatakan bersekongkol dengan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas beliau, Mesyuarat yang diadakan di Kuala Ibai hari ini sepatunya mengumumkan nama calon berkenaan.
Namun kegagalan mencapai kata sepakat berhubung siapa yang bakal dicalonkan menyebabkan pengumuman nama calon terpaksa ditangguhkan pada 1 Januari depan.
"Mesyuarat itu agak tegang apabila masuk agenda nama calon, kerana wakil ketiga-tiga puak cuba mempengaruhi ahli mesyuarat agar menyokong nama yang dicalonkan. manakala wakil puak yang dua lagi pula menentang. Akhirnya presiden terpaksa menangguhkan perkara itu bagi mengelak berlaku perpecahan yang lebih teruk dalam parti" kata sumber berkenaan.
Beliau bagaimananpun enggan menjelaskan nama calon-calon yang disenarai pendek yang diserakan untuk pertimbangan presiden.
semalam BN mengumumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Apa yang jelas Pas cuba menyembunyikan masalah dalam terutama dalam menentukan nama calon yang bakal dicalonkan, itulah hakikatnya" kata sumber itu sambil merujuk kepada desakan Pemuda Teranganu yang terang-terangan mahu calon tempatan disenaraikan, berbanding Mat sabu yang dicalonkan oleh Musyidul Am Pas, Dato Nik Azizi Nik Mat.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

No comments: