Monday, December 22, 2008

PAS KEDAH GILA GLAMOUR, PERJUANGAN ASAL TEGAKKAN ISLAM TELAH DILUPAI


18 pengantin baru termasuk sepasang pengantin kaum India bersanding beramai-ramai di kediaman Menteri Besar, Sri Mentalon baru-baru ini.
Majlis persandingan beramai-ramai anjuran kerajaan negeri adalah program pertama diadakan secara tulen oleh Pas.
Exco negeri, Siti Aishah Ghazali berkata, majlis persandingan secara serentak itu bertujuan membantu pasangan pengantin mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan.
"Kerajaan negeri merancang untuk menganjurkan lagi majlis seumpama ini pada tahun depan dengan menyasarkan lebih banyak pasangan pengantin baru terlibat," katanya.
sementara itu beberapa pasangan yang ditemui berkata, majlis berkenaan sebenarnya acara gimik semata-mata.
Menurut mereka, majlis kenduri telah diadakan di kedaiaman masing-masing, cuma majlis bersanding saja diadakan di kediaman MB.
"Saya ingin nyatakan di sini, tiada apa yang jimat, majlis kenduri kami dah buat di kampung, habis dekat RM5 ribu, jadi kat sini hanya sekadar memenuhi hasrat pihak penganjur sahaja" tegas salah seorang pengantin berkenaan.
Dalam pada itu, veteran Pas mendakwa perjuangan yang cuba dibawa oleh Ustaz Azizan bercanggah dengan prinsip perjuangan asal parti itu.
Kata Haji Mohd Salleh dari Ranting Langgar Limbong, majlis bersanding beramai-ramai adalah contoh yang boleh diambil iktibar.
"majlis bersanding di depan bukan muhrim adalah haram dan ia lebih mirip kepada budaya kaum bangsa Hindu, jadi mengapa kita cuba mencampuradukkan nilai murni islam dalam budaya Hindu" tegas beliau.
Seorang lai tokoh veteran, Haji Mustaffa Ali dari Ranting Bukit Raya berkata, Pas kini telah lari dari perjuangan asal yang diasaskan oleh pemimpin dulu.
"Saya tak pasti apakah Ustaz Azizan menganjurkan acara itu bertujuan mencari glamour atau memperjuangan islam. Tetapi apa yang saya nampak, depa lebih berminat mencari publisiti daripada memikirkan prinsip perjuangan sebenar iaitu menegakkan hukum Allah, Tanggungjawab itu hingga kini belum nampak kerana Arak masih bebas dijual, Judi juga bebas begitu juga masalah sosial seperti bohsia dan sebagainya. Mana perjuangan bagi menghapuskan itu semua" sambil mencabar Ustaz Azizan sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk membanteras gejala itu.

No comments: