Monday, December 22, 2008

DI GANTUNG DUA TAHUN - HUKUMAN TERHADAP MAT SUDIN DIANGGAP TAK SETIMPAL - KATA AHLI UMNO POKOK SENA.


Di gantung dua tahun adalah tak memadai jika dibanding dengan perbuatan beliau mengkianati parti pada pilihanraya umum lalu - itulah luahan sebahagian besar ahli umno Pokok Sena selepas Lembaga Displin memutuskan beliau bersalah mengkianati parti.
Bagi mereka perbuatan Mat sudin yang juga Ketua Umno bahagian Pokok Sena ada kesalahan paling berat dan wajar dikenakan hukuman lebih berat.
"Beliau bukan saja mengkianati parti malah turut mengkianati calon yang juga sepupu seperti Cik gu Omar. Dia pengkianat paling besar dalam sejarah Umno di Pokok Sena. kami rasa tindakan terhadap beliau masih tidak setimpal" kata salah seorang bekas ahli jawatankuasa bahagian itu.
Tambah beliau, kekalahan calon Umno termasuk Cik gu Omar dan Dato Ariffin Man bukan disebabkan oleh Pas kuat, tetapi berpunca dari perbuatan kianat dan irihati orang seperti Mat Sudin.
Dalam pada itu, beberapa cawangan umno dalam bahagian Pokok Sena mengadakan kenduri kesyukuran atas keputusan Lembaga Displin.
"Kami bukan tak suka Mat Sudin, tetapi ini adalah ketentuan ilahi, bagi kami ini semua berpunca dari sikap rakus dan irihati, emoga menjadi pengajaran kepada orang lain" kata Mohd Alim dari cawangan Bukit Pak kiaw dan Kolon.
Lembaga Disiplin Umno hari ini mengumumkan keputusan menggantung keanggotaan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Dis lepas kerana didapati bersalah mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.
Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata anggota wanita bahagian sama, Halimah Hanafi pula digantung selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana membuat aduan palsu mengenai politik wang, kesalahan pertama seumpamanya yang diambil tindakan sedemikian berkuatkuasa tarikh sama.
Dalam kes Halimah, Tengku Ahmad Rithaudeen berkata beliau mengatakan wujudnya politik wang dalam pemilihan bahagian dan membuat laporan namun selepas dipanggil untuk lembaga membuat penyiasatan anggota wanita itu mahu mengubah aduannya pula.
"Ini menyusahkan kita semua. Tak bolehla buat begini. Kalau kempen, keji orang, salah mengikut Perkara 5 Tataetika Umno. Untuk diri sendiri pun tak boleh (kempen)," katanya.
Lembaga displin sehingga kini menerima 865 dengan aduan yang telah disiasat ialah sebanyak 224, aduan yang belum dimulakan siasatan 93 manakala jumlah aduan yang perlu dokumen tambahan ialah sebanyak 82.

No comments: